Padah simpan stok diesel tanpa kebenaran

Padah simpan stok diesel tanpa kebenaran

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksan tong berisi diesel yang dirampas dalam serbuan di kilometer 5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan hari ini-IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tindakan seorang pemilik premis menyimpan stok minyak diesel tanpa
kebenaran dari pengawal bekalan berdepan padah apabila bahan api itu dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam serbuan di kilometer 5 Jalan Gua Musang – Kuala Krai, di sini hari ini.

Serbuan pukul 3.30 petang itu dilakukan menerusi Op Tiris membawa kepada rampasan 1,725 liter diesel yang disimpan didalam tong drum dan jeriken.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati pemilik premis menyimpan tanpa kebenaran dan dokumen sah kebenaran dari pengawal bekalan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemilik premis mendapatkan bekalan minyak tersebut dengan membeli dari stesen minyak sekitar bandar ini secara berulang.

“Bahan api itu kemudian dikumpulkan dalam bekas untuk kegunaan jentera persendirian. Kes ini disiasat dibawah Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (pindaan)2021 iaitu kesalahan memiliki barang kawalan berjadual melebihi 20 liter tanpa kebenaran Pengawal Bekalan, Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kesemua minyak diesel berkenaan telah disita dan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM3,708.75,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, pihaknya sentiasa komited dalam membanteras unsur penyelewengan dan ketirisan bahan api di negeri ini.

Katanya, KPDN Kelantan tidak akan berkompromi dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasakan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya