Negeri Sembilan catat IPU tidak sihat pagi ini - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan catat IPU tidak sihat pagi ini

DAERAH Port Dickson mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 155 setakat pukul 11 pagi tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga kawasan di negeri ini iaitu Seremban, Nilai dan Port Dickson mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat setakat pukul 11 pagi tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai merekodkan IPU dengan bacaan 163 manakala Seremban merekodkan bacaan 158 dan Port Dickson pula 155.

Bacaan kualiti udara tersebut juga dilihat tidak berubah jika dibandingkan dengan keadaan pada hari semalam.

Baru-baru ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengingatkan orang ramai di negeri ini untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

Pengarahnya, Hamzah Mohamad berkata, sehubungan itu pihaknya akan menjalankan  penguatkuasaan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dijalankan  susulan beberapa kawasan di negeri ini telah mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sejak kebelakangan ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya