Nahas dua lori, trafik sesak 13km dari Pedas Linggi ke Senawang - Utusan Malaysia

Nahas dua lori, trafik sesak 13km dari Pedas Linggi ke Senawang

NAHAS dua buah lori di KM 241.9 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) mengakibatkan berlaku kesesakan sepanjang 13km dari Pedas Linggi ke Senawang malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Berlaku kesesakan trafik sepanjang 13 kilometer (km) di Lebuhraya Utara Selatan dari Pedas Linggi di sini ke Senawang malam tadi apabila berlaku nahas membabitkan dua buah lori.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 malam di KM 241.9 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara)

Menurutnya, kemalangan berkenaan membabitkan lori jenis Hino yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun dan lori kontena yang dipandu lelaki berusia 30 tahun.

“Sebaik menerima makluman mengenai kemalangan tersebut, peronda Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) terus ke lokasi dan membuat kawalan lalu lintas di lokasi kejadian. 

“Siasatan awal kejadian berpunca lori kontena yang hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah lagi lori. 

“Akibat dari pelanggaran tersebut, kedua-dua buah lori terbalik dan melintang di tengah jalan menyebabkan kesemua lorong terhalang. Kedua-dua pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, pihak PLUS menerusi akaun media sosial Plus Trafik memaklumkan, setakat pukul 10.23 malam ini, trafik sesak 13km ke arah utara manakala trafik perlahan 3km arah selatan.

Menurut mereka, lorong kiri dan tengah masih terhalang dan laluan kontra telah diaktifkan dari KM 239.9 sehingga KM 241.9 arah utara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya