MyCare, Econsave lancar Tabung Kecemasan Gaza - Utusan Malaysia

MyCare, Econsave lancar Tabung Kecemasan Gaza

MOHD. ZIN KANDAR (dua dari kiri) dan Mas Imran (dua dari kanan) melancarkan Tabung Kemanusian Econsave Syria dan Yaman di Econsave Taman Teratai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dan Pasaraya Cash and Carry Sdn. Bhd. (Econsave) melancarkan tabung kutipan dana Kecemasan Gaza dengan sasaran sebanyak RM500,000.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar berkata, kempen kutipan yang diadakan di kesemua 94 cawangan pasar raya Econsave di seluruh negara itu bertujuan untuk menghantar bekalan barangan keperluan kepada penduduk Gaza, khususnya ubat-ubatan.

“Jumaat lalu, kita telah menyampaikan bantuan perubatan berjumlah RM50,000 yang diedarkan secara terus di Gaza. Ketika ini ibu pejabat MyCare sedang menyelaraskan lebih banyak bantuan.

“Bantuan perlu diberi secara berterusan kepada Palestin kerana penghujung Oktober ini musim sejuk bakal menjelang tiba. Ia akan menambah lagi kesengsaraan mereka yang sedang diserang rejim Zionis,” katanya selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Econsave Syria dan Yaman, di sini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam.

Pada majlis itu, Mohd. Zin turut melepas konvoi bermotosikal ke beberapa daerah bagi mempromosikan lagi tabung kemanusiaan tersebut.

Beliau berkata, pertempuran antara Hamas dan rejim Zionis yang bermula sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa, khususnya rakyat Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya