MSAM tawar ilmu saham, pelaburan - Utusan Malaysia

MSAM tawar ilmu saham, pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Keinginan untuk mendalami ilmu berkaitan saham, pelaburan serta promosi mendorong sepasang suami isteri berkunjung ke karnival Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam di sini.

Meskipun terpaksa menempuh perjalanan dari Selangor semata-mata untuk menghadiri karnival tahunan itu, Anis Farehah Ab. Razak, 35, dan Abu Hanafi Mohd. Razawi, 40, tidak menganggap perkara tersebut sebagai halangan.

Kata Anis Farehah, mereka tiba pada hari pertama MSAM berlangsung iaitu kelmarin, namun, datang semula keesokannya harinya kerana tidak sempat ‘meneroka’ sepenuhnya program dan aktiviti yang disediakan sepanjang karnival itu.

“Semalam (kelmarin), saya dah datang sini, tetapi masa itu agak lewat (petang). Disebabkan tak puas (berjalan), jadi, saya datang lagi lepas itu. Alang-alang memang datang ke Pulau Pinang ini untuk MSAM, jadi, keesokannya, saya datang awal pagi lagi.

“Alhamdulillah, kedatangan kami ke sini tidak sia-sia kerana banyak maklumat terbaharu tentang ASNB (Amanah Saham Nasional Bhd.) serta produk-produk yang berkaitan dengannya termasuk promosi terkini dan sebagainya dapat kami ambil.

YAKIN

“Lagipun, dengan adanya karnival seperti ini, sebagai pengunjung, kita akan lebih yakin dengan penerangan yang diberikan kerana maklumat itu sampai terus kepada kita. Senang nak bertanya kerana ada perbincangan dua hala,” katanya.

Terdahulu, Karnival Literasi Kewangan terbesar di negara itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung sembilan hari iaitu sehingga 8 Oktober ini.

Selain menyediakan pelbagai program interaktif dan aktiviti menarik sepanjang tempoh berkenaan, MSAM 2023 juga menawarkan pelbagai hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah.
Ia termasuk sebuah rumah teres serta pelbagai hadiah lain dengan nilai keseluruhan hadiah tersebut dianggarkan hampir mencecah RM1.4 juta.

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung, Fariza Kassim, 33, berkata, dia tertarik dengan pelbagai kuiz yang disediakan untuk menarik pengunjung kerana sangat bermanfaat dan sarat dengan pelbagai maklumat terkini berkaitan pelaburan dan banyak lagi.

“Rumah saya juga tak jauh dari sini. Rugilah kalau tidak manfaatkan peluang ini kerana bukan selalu MSAM di dibuat di Pulau Pinang,” kata kakitangan swasta itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya