MSAM 2023: Suri rumah bawa pulang kereta

MSAM 2023: Suri rumah bawa pulang kereta

MOLIN ZAWATI Saaid (kanan) bersama menantunya, Azahari Othman mencuba kereta yang dimenangi sempena Karnival MSAM 2023 di Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang, semalam. – utusan/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang suri rumah, Molin Zawati Saaid, 60, tidak menyangka akan membawa pulang sebuah kereta elektrik BYD Atto 3 Standard Range bernilai RM150,000 apabila datang mengunjungi Ming­gu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Setia Fontaines, Bertam, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya yang berasal dari Penaga dekat sini, dia terkejut dan bersyukur ke­rana buat pertama kali dalam hidupnya berjaya memenangi hadiah kereta mewah.

“Saya ke sini bersama anak dan menantu pada Ahad lalu semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir me­rasmikan program ini.

“Memang terkejut apabila pihak penganjur hubungi saya dan maklumkan saya pengunjung bertuah yang terpilih untuk menerima kereta ini.

“Perasaan teruja memang ada, namun disebabkan saya tidak memiliki lesen kereta, mungkin saya akan jual kepada anak dengan harga ‘istimewa’,” katanya ketika ditemui di Setia Fontaines semalam.

Selain kereta tersebut, karnival MSAM 2023 yang berlangsung bermula 30 September lalu sehingga 8 Oktober itu turut menyaksikan beberapa pemenang bertuah lain yang turut memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya motosikal Yamaha LC dan te­levisyen pintar.

Sepanjang program itu ju­ga, pelbagai hadiah menarik disediakan buat pengunjung bernilai hampir RM1.4 juta de­ngan hadiah utama termasuk rumah teres di Setia Fontaines, kereta BYD Atto 3 Standard Range dan Toyota Vios 1.5G AT.

Sementara itu, pemenang motosikal menerusi pertandi­ngan kuiz harian, Mohd. Khai­ril Irwan Jamaludin, 33, tidak menyangka kehadirannya bersama isteri ke Karnival Literasi Kewangan Terbesar tersebut membuahkan hasil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN