Minggu Solidariti Palestin tertib, ikut panduan - Utusan Malaysia

Minggu Solidariti Palestin tertib, ikut panduan

PROGRAM Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah Johor Bahru berjalan lancar dan tertib serta mengikut garis panduan ditetapkan KPM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Minggu Solidariti Palestin yang diadakan membabitkan 148 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dianjurkan  dengan tertib dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti ( KPIBK) Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, program yang diadakan sejak Ahad lalu mendapat sambutan baik daripada golongan ibu bapa.

Pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau bantahan daripada pihak atau golongan ibu bapa pelajar tentang program anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) itu.

“Ibu bapa pelajar bukan sahaja menyambut baik Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan hingga Jumaat ini, malah memberi komitmen cukup baik bagi memastikan kelancaran majlis. Malah, ada ibu bapa yang turut memberi sumbangan bagi tabung kemanusiaan yang turut disediakan pihak sekolah,” katanya.

Yahya berkata, penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu amat bermakna dalam menerapkan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan insaniah dalam kalangan pelajar.

“Kami menyokong sepenuhnya Minggu Solidariti Palestin, cuma unsur budaya perang seperti mengangkat replika senjata, itu tidak boleh diterima seperti yang ditetapkan KPM.

Sebelum ini, DAP dilaporkan menggesa KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap penganjur yang mempamerkan unsur kekerasan dan bersenjata di sekolah yang dikatakan terbabit dalam Minggu Solidariti Palestin.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, DAP menentang sebarang bentuk keganasan khususnya di peringkat sekolah membabitkan pelajar.

Baru-baru ini, KPM dilaporkan akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar.

Selain sekolah, arahan itu juga membabitkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya