MEXCO-STI selaras pelaksanaan dasar STI

MEXCO-STI selaras pelaksanaan dasar STI

CHANG Lih Kang (tengah) menyaksikan pameran sempena Mesyuarat MEXCO-STI di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) bermatlamat memperkukuh kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri dalam pelaksanaan dasar berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI). 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, kementerian itu mengetengahkan aplikasi teknologi angkasa yang dimiliki negara dalam usaha mendepani cabaran keterjaminan makanan, pengurusan bencana, kelestarian alam sekitar serta pemantauan sumber dan infrastruktur. 

Katanya, pengukuhan STI adalah perlu bagi merentasi sektor dan peringkat dalam agenda pembangunan negara kerana ia memainkan peranan penting sebagai pemboleh daya bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi asas penggerak ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

“Saya yakin kesemua strategi tumpuan akan berjaya dicapai menerusi kerjasama erat antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kerajaan negeri melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE).

“Kesemua inisiatif ini bergerak seiring untuk meluaskan pemerkasaan dan pengaplikasian sains serta teknologi bagi menyokong transformasi negara daripada pengguna teknologi kepada pencipta teknologi,” katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat MEXCO-STI di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di sini, hari ini.

Mesyuarat itu membincangkan  pembentukan kerjasama dalam memacu bioteknologi negara di bawah BIOALLIANCE selain pembudayaan STI di peringkat akar umbi melalui Ruang Daya Cipta (RDC), perluasan pelaksanaan bandar pintar (Smart Cities) dan komitmen Kerajaan Negeri Melaka melalui penubuhan pusat Research, Innovation, Commercialisation and Entrepreneurship (RICE) di UTEM Melaka.

Lih Kang berkata, MOSTI juga sedang melaksanakan beberapa program pembangunan teknologi dengan kerjasama kerajaan negeri seperti Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN), Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2023 dan Karnival Minggu Sains Negara 2023. 

“Kerajaan ada peruntukan RM510 juta bagi memperkasa Research, Development, Commercialisation and Innovation di bawah MOSTI dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meningkatkan daya saing penyelidik dan industri tempatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya