Mencari adik-beradik bapa - Utusan Malaysia

Mencari adik-beradik bapa

SITI Sazila Shamsudin menunjukkan gambar bapanya, Shamsudin Jusoh ketika sihat bagi tujuan mencari adik-beradik bapanya itu yang terpisah sekian lama.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki meminta bantuan orang ramai bagi mengesan adik-beradik kepada bapanya, Shamsudin Jusoh, 64, yang dipercayai berasal dari Kuala Krai, Kelantan.

Mohamad Saiful Shamsudin, 38, berkata, bapanya itu kini terlantar sakit barah paru-paru tahap empat dan sedang dijaganya bersama kakak, Siti Sazila, 40, di Kampung Asahan, Gemencheh di sini.

“Saya dan kakak memang tidak pernah berjumpa dengan keluarga ayah di Kelantan malah emak juga tidak pernah dibawa berjumpa keluarga ayah.

“Kami buntu bagaimana ingin mencari keluarganya. Saya kalau boleh mahu temukan ayah dengan adik-beradiknya, dalam keadaan ayah begini dan doktor juga memaklumkan kesihatan abah semakin merosot, saya harap sangat dapat temukan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Mohamad Saiful menjelaskan, dia baru sahaja membawa bapanya itu tinggal bersama sejak bulan lalu selepas menerima menerima maklumat dari sebuah hospital di Johor mengenai keadaan Shamsudin.

“Saya dan ayah sebenarnya sudah pun terpisah sejak dia berusia empat tahun, saya memang sudah lama mencarinya yang terpisah selepas ayah dan emak bercerai.

“Kali terakhir berjumpa ayah pada tahun 2002, selepas kakak melakukan pencarian ayah bagi tujuan wali pernikahannya. Ayah hanya datang pada waktu akad nikah dan kemudiannya kami berpisah lagi.

“Sejak dibawa pulang, hanya empat hari sahaja ayah dalam keadaan sihat serta boleh berbual dan kemudiannya pada 30 September ayah dimasukkan ke Hospital Tampin berikutan sakit barah yang dihadapinya semakin merebak,” katanya.

Dalam pada itu Siti Sazila berkata, dia kini mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga bapanya itu yang kini semakin uzur.

“Dia hanya bergantung kepada ubat tahan sakit sahaja, saya harap sangat dapat mencari adik-beradiknya lebih-lebih lagi dalam keadaan ayah begini,” katanya lagi.

Menurutnya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai keluarga bapanya itu boleh menghubungi Mohamad Saiful menerusi nombor telefon 013-6176762.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya