Menantu Muhyiddin: Polis tunggu maklum balas Interpol - Utusan Malaysia

Menantu Muhyiddin: Polis tunggu maklum balas Interpol

Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas Polis Antarabangsa (Interpol) yang berpusat di Lyon, Perancis berhubung permohonan notis merah membabitkan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Muhammad Adlan Berhan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menghantar permohonan tersebut kepada Interpol selepas mendapat dokumen diperlukan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Oktober lalu. 

“Bagaimanapun, kita sedang menunggu jawapan Interpol di Lyon. 

“Kita percaya ia (notis merah) itu akan dikeluarkan nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. 

Pada 29 September lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, permohonan notis merah Interpol ke atas dua individu termasuk menantu bekas Perdana Menteri, Muhammad Adlan masih dalam proses dilengkapkan.

Beliau berkata, terdapat beberapa isu teknikal yang kini masih dalam proses dikemas kini SPRM.

“Apabila kami dapat lengkapkan ia (notis merah Interpol) kami akan buat permohonan rasmi kepada Interpol kembali,” katanya. 

Bulan lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberitahu media bahawa Muhammad Adlan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Sebelum ini, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lepas, dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya