MBPG tetap laksana larangan parkir hadapan rumah mulai tahun depan - Utusan Malaysia

MBPG tetap laksana larangan parkir hadapan rumah mulai tahun depan

MBPG akan menguatkuasakan larangan letak kenderaan di kawasan awam termasuk di hadapan rumah bermula Januari 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan menguatkuasakan larangan meletak kenderaan di tempat awam termasuk di hadapan rumah persendirian bermula 1 Januari tahun depan.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas, Rabu lalu.

“Bermula sekarang hingga akhir tahun ini, kita akan lancarkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat dengan cara pemberian notis pemberitahuan kepada penduduk di kawasan kediaman terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 4 Oktober lalu, tular satu notis pemberitahuan MBPG yang menyatakan pihaknya akan mengeluarkan kompaun kepada pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di hadapan pagar rumah sekiranya terdapat aduan diterima.

Kemudian pada 10 Oktober lalu, Asman Shah memberitahu, penguatkuasaan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bertujuan menjaga keharmonian masyarakat.

Keputusan itu dibuat di bawah Undang-Undang Kecil, Jalan, Parit dan Bangunan MBPG.

Notis yang diberi melibatkan tempoh sehingga 21 hari untuk pemilik kereta mengambil tindakan sewajarnya dan jika masih tiada tindakan diambil, MBPG akan mengenakan kompaun RM100 hingga maksimum RM2,000 bagi kesalahan berulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya