MBIP, MBJB, MBPG guna EV mulai tahun depan - Utusan Malaysia

MBIP, MBJB, MBPG guna EV mulai tahun depan

MOHD. JAFNI MD. SHUKOR (empat dari kanan) dan Haffiz Ahmad (tiga dari kanan) menunjukkan isyarat bagus terhadap kereta elektrik Hyundai untuk kegunaan anggota penguat kuasa MBIP di Ibu pejabat MBIP, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan ‘Greater JB’ akan mula menggunakan kenderaan elektrik (EV) bermula awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, PBT berkenaan ialah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Katanya, langkah itu bertepatan dengan inisiatif teknologi hijau yang ditekankan dalam agenda Maju Johor dengan kerajaan negeri menggalakkan PBT menggunakan EV.

“Semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun turut diutarakan bahawa bermula tahun depan di peringkat kerajaan mula menggalakkan untuk guna EV bagi pelbagai agensi kerajaan,” katanya pada Majlis Penyerahan EV kepada MBIP daripada Sime Darby Rent-a-car Sdn. Bhd., di Bangunan MBIP, di sini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad dan Ketua Whip MBIP, Datuk Abd. Rashid Kasman. 

Pada program itu, MBIP menerima empat buah EV secara sewaan dengan bayaran sebanyak RM300,000 setahun.

Mengulas lanjut, Mohd. Jafni berkata, PBT di negeri akan menggunakan EV secara berperingkat-peringkat bergantung dengan peruntukan yang disediakan.

Pada peringkat permulaan, penggunaan EV melibatkan majlis bandar raya dan kemudian disusuli oleh majlis perbandaran seperti di Pengerang, Kulai, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

“Bagi peringkat majlis daerah, kita akan lihat pada fasa seterusnya memandangkan pendapatan mereka adalah kurang.

“Penggunaan EV di peringkat permulaan ini adalah secara sewaan, setelah kita mempunyai kemahiran dari segi penyelenggaraan, barulah kita akan putuskan untuk membeli,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya