Mari’s Buffet Kuantan kekal harga mampu milik - Utusan Malaysia

Mari’s Buffet Kuantan kekal harga mampu milik

SYARIFAH NURUL ASYIKIN AZEMMANT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Meskipun harga barang keperluan harian semakin meningkat dan membebankan rakyat, namun ia tidak menghalang restoran Mari’s Buffet Kuantan di pusat bandaraya ini untuk mengekalkan harga makanan pada harga rahmah dan mampu milik.

Pengarah Operasi Mari’s Buffet Kuantan, Syarifah Nurul Asyikin Azemmant berkata, ia merupakan inisiatif restoran tersebut dalam menyokong usaha kerajaan meringankan beban ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Ia juga bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk menikmati juadah di restoran kami pada harga yang berpatutan mengikut pakej-pakej yang ditawarkan.

“Kami harap dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai yang tertekan dengan keadaan harga barang kini menikmati pakej juadah yang kami sediakan mengikut kemampuan mereka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Syarifah Nurul Asyikin berkata, antara pakej disediakan, Menu Mesyuarat untuk minimum 25 orang dengan harga RM5 bagi setiap orang pada harga bermula RM20 hingga RM30.

“Bagi pakej ini, kudapan dan peralatan pensil disediakan secara percuma untuk tempoh tiga jam mesyuarat diadakan.

“Selain itu kita turut menawarkan pakej HiTea untuk minimum 30 orang bagi dua jenis set menu yang ditawarkan masing-masing pada harga RM45 dan RM75.

“Kita juga ada menyediakan Set Buffet Nasi Kambing pada harga RM45 untuk seorang dengan minimum 30 orang dan Muhibbah Set pasa harga RM40 seorang,” katanya.

Katanya lagi, Mari’s Buffet Kuantan juga turut menyediakan set hidangan barat Western Set pada harga RM55 sehingga RM85 untuk satu hidangan.

“Kami juga turut menyediakan set buffet sarapan pagi pada harga RM25 dengan sekitar 20 jenis juadah disediakan.

“Oleh itu, orang ramai terutamanya mereka yang hendak melakukan jamuan atau mesyuarat pada harga mampu milik dijemput untuk membuat tempahan di Mari’s Buffet Kuantan,” katanya memberitahu lokasi restoran terletak di Lot 140/10, B-2, Lorong Mat Kilau 24/1 di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya