Maqis Melaka patahkan cubaan bawa masuk hasil pertanian tanpa permit - Utusan Malaysia

Maqis Melaka patahkan cubaan bawa masuk hasil pertanian tanpa permit

HASIL-hasil pertanian yang dibawa masuk tanpa permit yang dirampas hasil operasi pemeriksaan yang dijalankan di Jeti Penumpang Port Dickson, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Melaka dengan kerjasama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk hasilan pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen semasa operasi pemeriksaan yang dijalankan di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini kelmarin.

Maqis Melaka memaklumkan, pemeriksaan tersebut dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari dan mendapati terdapat segelintir penumpang feri cuba membawa masuk hasilan pertanian seperti cili segar, biji benih tumbuhan, pokok hiasan dan buah limau tanpa kelulusan permit atau perakuan seperti Permit Import Maqis dan Sijil Fitosanitasi yang sah.

Menurutnya, penumpang telah menyembunyikan hasil pertanian itu di dalam bagasi pakaian bagi mengaburi pegawai penguat kuasa dan cubaan berkenaan berpotensi membawa masuk serangga perosak ke dalam negara.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran hasilan pertanian tanpa permit import Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama. 

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya