Manifesto calon Bebas PRK Pelangai tawar enam teras utama - Utusan Malaysia

Manifesto calon Bebas PRK Pelangai tawar enam teras utama

ENAM teras utama ditawarkan Haslihelmy DM Zulhasli (kiri) jika menang PRK DUN Pelangai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Enam teras utama ditawarkan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dalam manifestonya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Manifesto ‘Rakyat Adalah Majikan Saya’ itu merangkumi infrastruktur awam, ekonomi, pendidikan, pembangunan masyarakat, memajukan bidang pertanian dan penternakan dan kebajikan serta kesihatan awam.

Haslihelmy yang juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) berkata, tawaran menerusi manifesto itu bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat di Pelangai yang ketinggalan daripada sudut pembangunan.

“Ini fokus saya kerana Pelangai jauh ketinggalan dari kawasan lain, jadi jangan fikir empat tahun mendatang. Tapi, fikirkan 40 tahun sudah Barisan Nasional (BN) memerintah Pelangai yang retorik semata-mata.

“Walaupun saya tidak mempunyai parti, saya hanyalah orang kecil, mereka semua orang yang besar, tapi yakin lah saya mampu menggalasnya. Saya tidak akan menjadikan rakyat sebagai eksperimen politik dan nafsu,” katanya di sini hari ini.

Haslihelmy yang menggunakan logo kereta pada PRK kali ini, merancang untuk menaiktaraf infrastruktur awam yang sedia ada di kawasan Pelangai.

“Kalau kita lihat di Pelangai ini tiada pasar raya, jadi perlu diwujudkan satu bagi memudahkan penduduk di sini, selain itu hentian bas, kemudahan sukan juga perlu ditambah baik.

“Ini semua antara keperluan yang saya akan beri keutamaan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada Sabtu ini,” ujarnya.

Menurutnya, teras kedua dan ketiga pula memberi fokus meningkatkan ekonomi setempat, mewujudkan institusi latihan serta kemahiran.

Seterusnya, beliau merancang membina masyarakat makmur aman dan teguh di kawasan Pelangai menerusi program kemasyarakatan.

“Teras ke lima ialah megembangkan dan memajukan bidang ternakan dan pertanian di kawasan DUN Pelangai dan yang terakhir, bantuan kebajikan serta kesihatan awam secara sistematik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya