PETALING JAYA: Malaysia dan negara lain yang bersolidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin perlu memberi sokongan kepada Rusia dan China dalam menyelesaikan krisis yang semakin memuncak. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Geostrategis, Dr. Azmi Hassan berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat berat sebelah selepas Amerika Syarikat (AS), Perancis dan United Kingdom (UK) begitu menyokong tindakan yang dilakukan oleh rejim Israel, manakala China dan Rusia pula sebaliknya. Malah, beliau percaya, isu itu yang menyebabkan mengapa sidang Majlis Keselamatan yang diadakan secara tertutup kelmarin tidak mencapai kata sepakat sehingga tiada kenyataan bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya