LKTN tanam kenaf guna benih baharu hasil kerjasama AMN

LKTN tanam kenaf guna benih baharu hasil kerjasama AMN

WAN Abdul Rahim Wan Abdullah (tengah) menyerahkan replika cek Pencarum Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT) di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menjadikan Chuping, Perlis sebagai sebagai lokasi percubaan tanaman kenaf menggunakan benih baharu hasil kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM).

Ketua Pengarahnya Idris Mohd. Salleh berkata, kerja-kerja penanaman kenaf yang bermula September tahun lalu itu melibatkan tanah berkeluasan 200 hektar.

Menurutnya, langkah percubaan menggunakan benih baharu itu dijalankan di Perlis kerana persekitaran dan cuaca panas di negeri terbabit sesuai untuk penanaman kenaf berbanding di tempat lain.

“Penanaman kenaf menggunakan benih baharu itu merupakan blok percubaan dengan kerjasama ANM untuk tujuan penyelidikan yang mengambil masa selama dua tahun.

“Penghasilan benih baharu itu menggunakan kaedah mutasi yang bertujuan untuk menghasilkan pengeluaran tanaman kenaf yang lebih tinggi dan keseragaman pokok yang sekata,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Rahmah Kepada Pencarum Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT) di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusinya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Idris memberitahu, penggunaan benih baharu yang masih dalam kajian itu juga akan diperluaskan ke negeri lain terutamanya melibatkan tanaman kenaf.

Katanya, sebaik proses penanaman percubaan berjaya, tanaman secara lapangan akan dilakukan dengan segera.

“Perjanjian antara LKTN dan ANM dalam pembangunan benih mutasi kenaf sudah dilakukan pada tahun lalu. Kita menyambut baik langkah kerajaan yang bekerjasama dengan ANM.

“Selain penghasilan benih baharu, KTN  turut memperluaskan tanaman kenaf di Sabah dan Sarawak bermula awal tahun ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya