Lintang-pukang lari tinggalkan petrol seludup

Lintang pukang lari tinggalkan petrol seludup

SEBUAH kereta yang digunakan untuk menyeludup minyak petrol di rampas dalam serbuan di Kampung Kedemit, Tumpat, Kelantan pagi tadi-IHSAN KPDN Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup lintang-pukang lari meninggalkan 1,025 liter minyak petrol kereta yang dipandunya berjaya ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kampung Kedemit, di sini awal pagi tadi.

Kereta Proton Wira Aeroback di tahan pada pukul 5.45 pagi menerusi Op Tiris yang dilakukan oleh pihak KPDN.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, bagaimanapun pemandu tersebut berjaya meloloskan diri semasa sejurus pihaknya menahan kereta tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 1,025 liter petrol bernilai RM2,101.25.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Semalam, KDPN Kelantan berjaya merampas 125 liter petrol selepas menahan sebuah kereta di Kampung Chenderong Batu, di sini.

“Bagaimanapun, kita terpaksa mengejar suspek sejauh tujuh kilometer sebelum berjaya menahan kereta tersebut. Namun, pemandunya berjaya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, rampasan di Kampung Chenderong Batu itu dilakukan menerusi kerjasama pihaknya dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Katanya, KPDN Kelantan akan terus membendung kegiatan aktiviti tidak supaya rakyat negara ini dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya