Lelaki ditahan bersama pil WY, heroin

Lelaki ditahan bersama pil WY, heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis pil WY serta heroin bernilai RM2,550 selepas di tahan dalam serbuan di tepi jalan di Kampung Lawar, Batu Melintang di sini semalam.

Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang semasa berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata,  pemeriksaan terhadap lelaki itu menemui pil kuda seberat 5.4 gram dan serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin seberat 6.6 gram.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis opiat.

“Hasil semakan menjadi suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saari memberitahu, pihaknya telah merekodkan 738 kes dengan 886 tangkapan atas pelbagai kesalahan kes dadah sejak Januari lalu.

Katanya, daripada keseluruhan tangkapan itu, ia melibatkan 134 kes atau 142 tangkapan suspek warganegara asing.

“IPD Jeli berharap penduduk daerah ini terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dan dadah dapat diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Jeli sebagai daerah yang selamat,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya