Lelaki didakwa miliki cecair vape mengandungi dadah - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa miliki cecair vape mengandungi dadah

PUVEENDRAN dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini bagi didakwa atas pertuduhan memiliki cecair vape mengandungi dadah dalam tangkapan di Lukut Prima, Port Dickson hujung bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini, atas pertuduhan memiliki cecair vape yang mengandungi dadah.

Tertuduh, Puveendran, 25, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani pagi tadi.

Berdasarkan pertuduhan, telah didapati dalam milikan tertuduh iaitu penjual vape cecair disyaki dadah berbahaya jenis ketamin dengan anggaran berat 570 milliliter (ml)

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 7 malam bertempat di Lukut Prima, di sini, pada 29 September lalu.

Susulan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Akta 12(3) seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal.

Majistret kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Disember ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed memaklumkan, tangkapan terhadap tertuduh telah dilakukan hasil serbuan di sebuah premis di Lukut Prima di sini.

“Modus operandi tertuduh adalah mencampurkan cecair vape mushroom dengan dadah disyaki ketamin untuk dijual dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di sekitar daerah ini.

“Hasil serbuan telah berjaya merampas satu botol cecair yang mengandungi dadah jenis ketamin dan 12 botol cecair Flavour yang telah dibungkuskan semula dalam kuantiti yang lebih kecil untuk dijual.

“Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 570 ml dianggarkan bernilai RM17,000,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN