Lebih 40 kuarters polis di Kelantan dinaik taraf

Lebih 40 kuarters polis di Kelantan dinaik taraf

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang pegawai yang dinaikkan pangkat, di Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 40 kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini akan dinaik taraf selepas peruntukan RM2.4 bilion diberikan kepada penjawat awam termasuk warga PDRM pada pembentangan Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebahagian peruntukan itu akan digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk membina kuarters baharu dan menaik taraf kemudahan tersebut yang uzur.

Menurutnya, kuarters yang dikenal pasti akan dinaik taraf antaranya Wakaf Mek Zainab dan Kemumin di sini selain beberapa buah lagi di Pasir Puteh. 

“Peruntukan itu seperti satu bonus atau durian runtuh kepada seluruh warga PDRM dan ini menjadi pemangkin untuk kita bekerja lebih kuat.

“Sebanyak lima pasukan pemantau ditubuhkan untuk memantau mengikut zon agar segala kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan di Jalan Telipot di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, meskipun semua kuarters di negeri ini masih boleh diduduki, tetapi sudah tiba masanya semua pegawai dan anggota PDRM tinggal di kediaman yang lebih selesa.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2024 memaklumkan sebanyak RM2.4 bilion diperuntukan untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya