Lebih 10,000 hadir Himpunan Pahang for Palestin - Utusan Malaysia

Lebih 10,000 hadir Himpunan Pahang for Palestin

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) dan pimpinan negeri bersama orang ramai yang hadir pada Himpunan Pahang for Palestin di Dataran MBK di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lebih 10,000 rakyat negeri ini berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini bagi menjayakan Himpunan Pahang For Palestine.

Orang ramai mula memenuhi dataran itu bermula pukul 7 pagi dan majlis turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco negeri.

Wan Rosdy berkata, himpunan itu bagi menyatakan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin yang terus ditindas, dizalimi dan dibunuh oleh rejim Israel.

Katanya, dalam himpunan ini turut dilancarkan Tabung Pahang For Palestine dan kerajaan negeri bersetuju menyalurkan sumbangan berjumlah RM100,000.

“Saya menyeru agar kita semua teruskan berdoa demo keselamatan, kesejahteraan serta kedamaian untuk rakyat Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya