Laluan pintas ke CIQ BSI ditutup, sedia bas henti-henti - Utusan Malaysia

Laluan pintas ke CIQ BSI ditutup, sedia bas henti-henti

ONN HAFIZ GHAZI (kanan) mengiringi Saifuddin Nasution dan Alexander Nanta Linggi melawat dan meninjau kesesakan trafik di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menutup laluan pintas yang digunakan pejalan kaki untuk ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini atas faktor keselamatan kerana terdapat laporan berlaku kemalangan.

Justeru, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebagai langkah jangka pendek, kerajaan menyediakan bas henti-henti (shuttle bus) bagi pejalan kaki yang tinggal di kawasan sekitar CIQ BSI.

“Lorong tikus (laluan pintas) untuk masuk ke BSI itu pun sedang dikaji dengan rapi dan ada cadangan sebenarnya, buat ‘shuttle bus’ untuk jangka masa pendek supaya mereka yang datang dari Stulang dan sebagainya yang berjalan kaki masuk ke CIQ.

“Jalan itu ditutup atas faktor keselamatan ada insiden-insiden kemalangan, kita risau kalau benda ini terus berlaku ada ada kemalangan jiwa dan juga isu bolos,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bilik Mesyuarat Gambir, BSI di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof secara dalam talian.

Terdahulu, Onn Hafiz mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan ke BSI bagi melihat keadaan kesesakan trafik di CIQ.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berharap ada berita baik untuk Johor dalam Belanjawan 2024 yang  akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat ini.

“Segala permohonan yang diperlukan oleh Johor telah dibawa kepada YAB Perdana Menteri, kita akan tunggu pengumuman itu. Saya yakin ada berita baik untuk negeri Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya