Kerjasama ibu bapa, guru bentuk murid beradab bukan biadab - Utusan Malaysia

Kerjasama ibu bapa, guru bentuk murid beradab bukan biadab

ZUHAIRI Ab. Kadir (tiga dari kiri) merasmikan Temasya Olahraga Kali Ke-17 Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jalinan kerjasama antara ibu bapa dan guru teras utama bagi membentuk peribadi anak-anak bermula di usia kanak-kanak supaya menjadi insan beradab bukan biadap.

Pengerusi Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, keperibadian seseoarang tidak dapat disempurnakan kecuali jika ia diarahkan, dibina dan dibimbing membabitkan segala aspek.

“Masa yang paling sesuai bagi pembinaan keperibadian ini, baik cara berfikir atau jiwanya adalah di fasa kanak-kanak. Ketika kanak-kanak mempunyai keistimewaan berupa kelenturan, kesucian dan fitrah.

“Sebab itu, jika masa ini dibina dengan penjagaan, bimbingan dan arahan yang baik, maka kelak ia akan kukuh sehinggalah mereka dewasa.

“Peranan ini perlu dimainkan secara bersama oleh ibu bapa di rumah dan guru di sekolah bagi membentuk keperibadian anak-anak menjadi insan beradab, bukan biadap sejak kecil,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Temasya Olahraga Kali Ke-17 Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh di sini semalam.

Yang hadir sama, Guru Besar SK RTP Bukit Goh, Mazalina Mohamad, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd. Farid Mohd. Ramly dan Ketua Kampung RTP Pak Ngah Aziz, Mohamad Muda.

ZUHAIRI AB KADIR

Zuhairi berkata, dua perkara itu iaitu adab dan biadap penting dalam menentukan persepsi dan pandangan umum bukan sahaja kepada anak-anak malah sekolah mereka.

“Jika beradabnya kanak-kanak itu, masyarakat umum akan bertanya anak siapakah itu dan sekolah mana dia belajar. Jika biadap pun perkara sama akan ditanya,” katanya.

Jadi beliau berkata, adab dan intelektual perlu seiring kerana golongan muda merupakan tonggak utama yang akan mencorak dan membina masa depan negara.

“Biarpun tahap intelektual remaja kini semakin tinggi, akan tetapi tiada gunanya jika adab dan budi bahasa semakin rendah kerana kehidupan ini memerlukan intelektual dan adab berjalan seiring,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau berasa bertuah dapat hadir ke SK RTP Bukit Goh apabila melihat ibu bapa dan anak-anak mereka yang mempunyai adab dan budi bahasa cukup baik.

“Saya melihat anak-anak di SK RTP Bukit Goh ini contoh terbaik murid yang mempunyai adab yang tinggi. Sikap hormat-menghormati, kesopanan dan budi bahasa mereka cukup baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya