Kerajaan sedia bina kompleks sukan di Gua Musang

Kerajaan sedia bina kompleks sukan di Gua Musang

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Impian rakyat di jajahan ini untuk menikmati kemudahan riadah bakal menjadi kenyataan apabila Kerajaan Persekutuan sedia membina sebuah kompleks sukan tidak lama lagi.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan membuat perundingan dengan Kementerian Belia dan Sukan, Ekonomi dan Kewangan dalam merealisasikan kewujudan kompleks tersebut.

“Kebetulan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menjadi peneraju utama kepada pembangunan di Gua Musang.

“Insya-Allah…jika tidak tahun ini, saya akan usahakan pada tahun hadapan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu memberitahu, sebanyak RM267 juta telah diperuntukan kepada Kelantan untuk membina kemudahan sukan sebagai persediaan bagi acara Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2028.

Katanya, peruntukan telah diberikan untuk untuk bersesuaian dengan acara-acara yang akan dipertandingkan kelak.

“Paling penting pada saya… sukan menjadi elemen bagi mewujudkan integrasi dalam kalangan rakyat dengan melupakan warna-warna politik,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya