Kerajaan perlu bersedia hadapi stagflasi

Kerajaan perlu bersedia hadapi stagflasi

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bersedia untuk menghadapi stagflasi global iaitu keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan manakala inflasi dan kadar pengangguran tinggi pada 2024.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kadar inflasi yang semakin perlahan, lebih rendah dan juga kadar pengangguran yang sudah semakin pulih berisiko meningkat semula jika ekonomi global terus terjerumus dan terperangkap dalam situasi tidak menentu.

“Kadar inflasi negara hanya dua peratus pada Ogos 2023 iaitu lebih rendah dari negara maju dan serantau tapi kita perlu akui kadar inflasi rendah bukanlah kerana harga barang sudah turun.

SUBSIDI

“Ia kerana dasar kerajaan mengawal harga dan memberi subsidi kepada barangan asas jadi ini bukan inflasi sebenar. Sebab kita memberi subsidi yang begitu banyak mencecah 27 peratus daripada pendapatan kerajaan untuk subsidi barang menyebabkan inflasi dikawal hanya dua peratus,” katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, dasar kawalan harga dan subsidi pukal juga memberi tekanan kepada kewangan kerajaan apabila harga komoditi dunia terus melambung seperti dialami sepanjang tiga tahun lalu apabila harga jagung, soya dan beras meningkat.

“Ini ekoran kerajaan membe­lanjakan hampir RM3.8 bilion hanya semata-mata untuk mengawal harga ayam dan telur, dulu kita tak pernah subsidi sebab ayam dan telur self-sustain, ayam lebih 100 peratus pengeluaran dan telur 110 peratus, tak pernah tak cukup,” katanya.

Jelasnya lagi, di sebalik kadar pengangguran menurun pada paras 3.4 peratus, skill-related underemployment rate masih lagi kurang selepas pandemik Covid-19.

“Jangan terlepas pandang, underemployment 1.9 juta ketika ini berbanding 1.3 juta sebelum Covid-19, maknanya keadaan sebenar pasaran buruh masih tidak pulih sepenuhnya apabila semakin ramai bekerja pekerjaan lebih rendah daripada kelayakan akademik.

“Inilah realiti ekonomi sebenar sedang kita hadapi di tengah-tengah kelembapan ekonomi global dan kita harap ia tidak akan berlarutan terlalu lama pada tahun mendatang, kerana kesan ketidaktentuan akan menyebabkan pendapatan kerajaan berkurang, pekerjaan berkurang, kuasa beli rakyat jatuh dan eksport jatuh,” katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap kadar import makanan yang meningkat setiap tahun apabila mencapai RM50 bilion sejak 2018 dan me­ningkat kepada RM75 bilion tahun lalu.

“Saya jangka 2023 kadar import makanan akan terus me­ningkat, sebab baru sampai bulan Ogos, kadarnya sudah mencecah lebih RM50 bilion,” katanya.

Beliau juga menyifatkan, kadar tukaran mata wang menjadi penyumbang kepada kenaikan nilai import makanan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya