Kena tunjuk ID beli minyak masak peket subsidi - Fuziah - Utusan Malaysia

Kena tunjuk ID beli minyak masak peket subsidi – Fuziah

Kerajaan menanggung subsidi tinggi dengan pengeluaran minyak masak peket, - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna perlu menunjukkan ID (pengenalan diri) jika berhasrat untuk membeli minyak masak peket bersubsidi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, mekanisme itu sedang dipertimbangkan memandangkan minyak masak peket berada di pasaran terbuka.

Menurut beliau, kerajaan mahu benar-benar sasarkan kepada yang memerlukan supaya tidak berlaku penjualan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

“Ketika ini, kerajaan keluarkan 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan akan tetapi aduan diterima ialah ia tidak boleh didapati di pasaran dan selalu habis.

“Maka dengan subsidi bersasar, hanya yang ada ID dan di sahkan layak sahaja boleh dapatkan minyak masak yang peket bersubsidi ini,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, kerajaan mempunyai sebab tertentu untuk tidak menggunakan kad pengenalan atau MySejahtera.

“Ini kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga mikro. Maka nanti kita hadkan pembelian kepada tiga atau 5kg, peniaga akan bermasalah.

“Lagi satu ialah golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak masak peket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan terbuka dengan cadangan menggunakan MyKad dan perkara itu wajar dipertimbangkan.

“Berkenaan dengan peniaga mikro, kita perlu bincang lagi sebab mereka tak semua berdaftar. Apapun, kita belum muktamadkan mekanisme. Kita cuma dah muktamadkan penerima, libat urus berterusan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN