Keluarga bimbang Norashikin menghilang, tiada dokumen diri - Utusan Malaysia

Keluarga bimbang Norashikin menghilang, tiada dokumen diri

Norashikin Rahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang kakak  merayu bantuan orang  ramai untuk mengesan adiknya, Norashikin Rahim, 20, yang keluar dari rumah di Jalan Parit Ismail, Benut di sini pada Ahad lalu.

Menurut Siti Aishah Ismail, 30, Norashikin keluar kira-kira pukul 10.30 pagi ketika dia berada di dalam bilik melipatkan pakaian dan tanpa diketahui ke mana arah dan tujuannya.

Norashikin merupakan adik  satu ibu tetapi berlainan bapa  dengannya serta tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan surat beranak serta keluar sehelai sepinggang.

Siti Aishah memberitahu, adiknya tinggal bersamanya sejak berusia 10 tahun selepas kematian ibu dan bapanya serta tidak pernah bersekolah.

“Saya bimbang tentang keselamatannya kerana dia tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Sebelum ini tular dalam media sosial tentang kehilangan wanita tersebut dalam  tanpa diketahui ke mana arah tujuan dan dengan siapa dia menghilangkan diri.

Siti Aishah memberitahu tiada sebarang perselisihan faham antara mereka dan amat berharap Norashikin dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan segera.

“Puas kami mencarinya di rumah saudara mara dan adik beradiknya yang lain, tetapi mereka mengatakan Norashikin tidak berada di sana,” katanya yang mempunyai seorang anak.

Dia turut membuat laporan tentang kehilangan itu di Balai Polis Benut pada Isnin lalu dan meminta orang ramai turut membantu mengesan adiknya yang telah empat  hari tidak ditemukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa.

“ Ada, mangsa yang berumur 20 tahun dipercayai mengikut teman lelakinya secara rela hati.Tiada k esalahan jenayah sebab mangsa bukan di bawah umur, tiada paksaan dan rela hati,”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya