Kelantan: Tujuh projek dibawah RMK-12 dikategorikan sebagai 'sakit'

Kelantan: Tujuh projek dibawah RMK-12 dikategorikan sebagai ‘sakit’

JASRI Kasim semasa memberikan taklimat kepada pihak media berkait projek pembangunan di Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri(JPM) (PPNK ICU JPM) mendedahkan terdapat tujuh projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang di ketegorikan sebagai ‘sakit’ kerana mengalami kelewatan.

Pengarahnya Jasri Kasim berkata, ia melibatkan projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1, Sungai Golok, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan penggantian jambatan Sungai Durian di Kuala Krai.

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf, membaik pulih dan mengubah usai infrastruktur kemudahan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian serta pembinaan dewan serba guna di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh yang turut berdepan masalah tersebut.

“PSLB Sungai Kelantan Fasa 1 mengalami kelewatan agak lama iaitu 193 hari diikuti Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (177 hari) dan pembesaran dan naik taraf LTSIP (168 hari).

“PLSB di Sungai Kelantan sepatutnya sudah disiapkan sebanyak 98.1 peratus dan siap pada bulan ini, namun kemajuannya baru mencapai 92.7 peratus. PLSB di Sungai Golok pula lewat kerana ia mengalami pelbagai masalah antaranya salah satunya isu pengambilan tanah di lokasi tersebut,” katanya semasa sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Fungsi dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Bersama Media di Tunjong di sini hari ini.

Jasri memberitahu, sebanyak 101 projek di Kelantan yang diluluskan menerusi RMK-12 sudah siap sepenuhnya.

Ujarnya, 164 projek di negeri ini di bawah RMK12 dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, sebanyak 447 projek pembangunan sudah diluluskan pada RMK12 dengan peruntukan lebih RM2.57 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 185 projek sedang dalam pelaksanaan dengan peruntukan RM102.76 juta. Projek yang terlibat antaranya Lebuh Raya Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali Central Spine Road (CSR) laluan Kota Bharu-Gua Musang.

“Apabila pembinaan infrastruktur di seluruh Kelantan siap, ia akan membantu menjana pendapatan kepada negeri dan masyarakat setempat,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya