Kelantan rekod miskin dan miskin tegar tertinggi di semenanjung

Kelantan rekod miskin dan miskin tegar tertinggi di semenanjung

FADILLAH Yusof (dua kiri) beramah mesra dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan jumlah bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar tertinggi di semenanjung sehingga 11 September tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, sepanjang tempoh itu seramai 57,355 orang KIR miskin telah direkodkan manakala 10,417 adalah KIR miskin tegar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 67,772 orang KIR.

 “Saya menyeru agar semua ketua jabatan dan agensi dapat sama-sama melihat perkara ini dengan serius serta mendahulukan faktor kesejahteraan rakyat dalam apa jua perancangan pembangunan projek.

“Ia seiring dengan hasrat penubuhan Kerajaan Madani iaitu Menokhtahkan Kemiskinan,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Fadillah memberitahu, Kelantan adalah sebuah negeri strategik yang mempunyai sempadan darat negara dan hasil sumber asli baik di laut mahupun di darat serta rakyat kuat bekerja serta pandai berniaga. 

Katanya, bagaimanapun, berdasarkan pencapaian semasa, Kelantan adalah diantara negeri yang agak perlahan dari segi pembangunannya. 

“Ia adalah cabaran yang besar bagi pemerintah negeri mahupun Persekutuan untuk memastikan negeri ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. 

“Perancangan pembangunan amatlah penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya