Kelantan nobatkan A .Aziz Deraman sebagai Tokoh Budayawan Sepanjang Zaman

Kelantan nobatkan A .Aziz Deraman sebagai Tokoh Budayawan Sepanjang Zaman

KAMARUDIN Md. Nor (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada A. Aziz  di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menobatkan penggiat sastera dan penulis Datuk A .Aziz Deraman  sebagai Tokoh Budayawan Sepanjang Zaman.

A. Aziz yang merupakan Presiden Peradaban Melayu (Perdaban) menerima pengiktirafan itu pada
Anugerah Seni Budaya dan Apresiasi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini hari ini.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Sementara itu, Kamarudin berkata, pihaknya dengan bekerjasama JKKN Kelantan sedang menyenaraikan semua jenis kesenian dan kebudayaan termasuk permainan tradisional dalam usaha untuk melestarikan seni warisan.

Katanya, senarai berkenaan dibuat bagi mengenalpasti samada kesenian dan kebudayaan berkenaan masih aktif mahu tidak aktif di negeri ini.

“Kita akan membuat senarai semak semua jenis kesenian serta permainan tradisional di negeri ini supaya kita tahu apa yang kita ada sekarang dan apa yang sudah tidak ada.

“Manakala bagi kesenian dan kebudayaan permainan tradisional yang berkembang maju, kita akan teruskan kecuali perkara-perkara yang jelas bertentangan dengaan Islam,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya