Kelantan harap dapat bayaran wang royalti

Kelantan harap dapat bayaran wang royalti

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengembalikan semula bayaran royalti hasil petroleum sebanyak lima peratus kepada negeri ini pada Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan pada Jumaat nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, bayaran royalti itu adalah hak kerajaan dan rakyat negeri ini sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian.

“Sehingga hari ini kita (Kerajaan Kelantan) tidak menerima bayaran ro­yalti. Royalti dengan wang ihsan perlu dibezakan. Wang ihsan adalah wang yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut ihsan, sementara royalti adalah hak kerajaan negeri mengikut perjanjian.

“Sebelum ini Kelantan hanya menerima bayaran wang ihsan sahaja. Untuk tahun ini (2023), Kerajaan Kelantan menerima bayaran wang ihsan dengan jumlah sangat minuman dan jauh lebih sedikit daripada tahun-tahun sebelum ini” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamed Fadhli memberitahu, pihaknya tidak kisah apa jua gela­ran yang ingin digunakan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi ia perlulah dibayar secara tunai sebanyak dua kali setahun dengan bayaran lima peratus sebagaimana telah dipersetujui dalam perjanjian.

Katanya, isu petroleum sudah menjadi keutamaan Kerajaan Kelantan sejak sekian lama.

“Saya harap Kerajaan Persekutuan dapat bersikap adil dalam perkara ini. Keadilan adalah asas utama masyarakat madani,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya