Kebakaran bilik elektrik  punca letupan kecil di Menara LPP - Utusan Malaysia

Kebakaran bilik elektrik  punca letupan kecil di Menara LPP

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan di bilik elektrik di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu letupan kecil berlaku di tingkat 5 Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)  di sini dipercayai berpunca daripada kebakaran di sebuah bilik elektrik. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, kesan  letupan tersebut tidak kuat.

“Berlaku letupan, berpunca daripada kebakaran kabel di bawah tanah. Pemeriksaan awal mendapati terdapat masalah pada kabel voltan rendah bawah tanah

“Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan juga mangsa di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, kerja-kerja di tempat kejadian diserahkan kepada pihak pengurusan banguan bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan semasa kejadian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berada di bangunan tersebut.

Mohamad dijadual  beliau  menyertai sesi libat urus bersama media sepatutnya berlangsung pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya