Johor sedia insinerator lupus sampah di Pasir Gudang - Exco - Utusan Malaysia

Johor sedia insinerator lupus sampah di Pasir Gudang – Exco

MOHD. JAFNI MD. SHUKOR (dua dari kanan) mendengar penerangan tentang operasi tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, dekat sini bakal dimodenkan dengan penggunaan kaedah pembakaran insinerator yang dijangka bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, usaha itu bagi menaik taraf sistem pelupusan sampah tradisional sedia ada di kawasan berkenaan, sekali gus mampu menyelesaikan masalah tapak pelupusan sampah kritikal yang dilaporkan berlaku bukan sahaja di Pasir Gudang, malah di negeri ini.

“Sistem pelupusan sampah di sini (Pasir Gudang) adalah secara tanam, dengan sampah dilonggokkan dan akan ditimbus. Namun kerajaan negeri sedang mendapatkan insinerator bagi menaik taraf sistem pelupusan sampah di sini.

“Teknologi sama digunakan di negara-negara maju seperti di China dan Jerman. Ia akan menjadi yang pertama di negeri ini dengan sampah yang dibakar akan menghasilkan gas dan baja yang juga akan mengurangkan pencemaran alam. Sekiranya berjalan dengan lancar dan longgokan sampah di kawasan ini dapat diselesaikan, kita akan bawa sampah dari tapak pelupusan lain untuk diuruskan di sini,” katanya selepas meninjau tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, di sini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Mohd. Jafni berkata, insinerator itu boleh membakar sebanyak 800 tan sehari, manakala tapak pelupusan sampah berkenaan menerima kira-kira 350 tan sampah sehari.

“Ini bermakna apabila sistem itu disediakan, ia bukan sahaja akan melupuskan sampah baharu tetapi juga longgokan sampah setinggi 30 kaki yang kerap mengalami kebakaran, di sini. Ini merupakan antara perancangan jangka masa pendek kerajaan negeri dalam menguruskan sisa sampah di negeri ini, maklumat lebih lanjut tentang mesin tersebut seperti kosnya akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu Insiden kebakaran tapak pelupusan sampah berkenaan yang telah berlarutan sejak dua bulan lalu telah dipadamkan sepenuhnya, beberapa hari lalu.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menghabiskan kira-kira RM300,000 untuk menguruskan pembakaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Asman Shah memberitahu, antara punca kebakaran sampah di tapak pelupusan berkenaan disebabkan cuaca panas dan pencerobohan daripada golongan penagih dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya