Jarak perjalanan Kuching-Sibu dipendekkan kepada 225km

Jarak perjalanan Kuching-Sibu dipendekkan kepada 225km

Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan ke majlis pecah tanah projek Pakej B2A Jalan Utama Kedua di Sri Aman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI AMAN: Kerja-kerja bagi menaik taraf jalan utama kedua di Pekan Simanggang (Sri Aman) kepada dua lebuh raya menerusi Pakej B2A Jalan Utama Kedua dijangka bermula pada 6 Oktober ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melakukan lawatan ke majlis pecah tanah projek berkenaan menjelaskan bahawa projek tersebut dijangka siap pada April 2026.

“Projek yang menelan belanja RM 60,905,550 itu diamanahkan kepada syarikat Golden Throne Construction Sdn. Bhd. sebagai kontraktor dan KTA Sdn. Bhd. bertindak sebagai perunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

“Jalan Batang Kedua itu merupakan projek mega yang dibiayai oleh kerajaan Sarawak bertujuan mengurangkan masa dan jarak perjalanan dari selatan ke tengah Sarawak dengan menghubungkan Rangkaian Jalan Pesisir dengan Lebuhraya Pan Borneo (LPB),” dedah Abang Johari semasa di majlis pecah tanah projek berkenaan di sini semalam.

Sebagai rekod, projek yang dianggarkan menelan belanja RM5.58 bilion itu nanti akan bermula dari Kota Samarahan dan melalui Simunjan dan Sebuyau.

“Setelah siapnya lebuh raya baharu itu nanti, ia akan mengurangkan jarak perjalanan antara Kuching dan Sibu kepada hanya 225 kilometer (km), berbanding 312 km melalui Rangkaian Jalan Pesisir dan 400 km melalui LPB,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya