‘Jangan kamu solat jenazah untuk kami, kami belum mati’

‘Jangan kamu solat jenazah untuk kami, kami belum mati’

Gaza
KESAN runtuhan bangunan akibat serangan Israel di Bandar Gaza- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Jangan kamu menunaikan solat jenazah kepada kami kerana kami masih hidup, tetapi kamu orang Islam telah mati”.

Itu kata-kata diluahkan salah seorang pejuang Palestin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM), Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin semasa dihubungi untuk bertanyakan situasi terkini di bumi Gaza.

Ahmad Fahmi berkata, luahan itu jelas menunjukkan kekecewaan umat Islam Palestin terhadap respons dan solidariti negara-negara Islam terutama dunia Arab dalam isu kekejaman Israel.

gaza
AHMAD FAHMI MOHD. SAMSUDIN

Beliau berkata, serangan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis masih diteruskan hari ini termasuk serangan dari darat.

“Saya dapat pesanan daripada teman kita di Gaza hari ini, bila mana serangan masih diteruskan, serangan melalui darat juga digerakkan. Dia kata, ‘jangan kamu menunaikan solat jenazah kepada kami kerana kami masih hidup, tetapi kamu orang Islam telah mati’.

“Ini satu peringatan dan kita kata, satu ketukan dan juga satu tamparan bagi kita umat Islam. Dalam keadaan kita hari ini duduk dalam keadaan sihat sejahtera, aman damai seolah-olah tiada apa-apa. Sedangkan hakikatnya teknologi yang kita ada hari ini, kita tahu apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Generasi Muda dan Perubahan Minda di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ketenteraan Israel memaklumkan pasukannya melancarkan serangan darat diikuti dengan serangan udara dan dron dengan menyasarkan kubu Hamas di Semenanjung Gaza.

Serangan itu menyaksikan sejumlah bangunan yang didakwa pusat persembunyian pejuang Hamas, tapak pelancaran peluru berpandu antikereta kebal musnah, selain beberapa anggota kumpulan itu juga terkorban.

Tambah Ahmad Fahmi, GPM bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusian yang lain sedang berusaha menghantar bantuan sebanyak 50 tan bernilai RM7 juta terus ke Rafah dalam masa terdekat.

“Pertama kita terus gerakkan menerusi bantuan kemanusiaan kerana kita mempunyai seorang perwakilan GPM di Gaza. Yang keduanya kita menggerakkan menerusi Kementerian Luar Negeri bersama dengan koordinasi NGO-NGO kemanusian untuk menghantar bantuan terus ke Rafah, 50 tan bantuan awal yang kita akan gerakkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya