Jalan pintas Batu Pahat-Tanjung Labuh siap dalam setahun - Utusan Malaysia

Jalan pintas Batu Pahat-Tanjung Labuh siap dalam setahun

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH (tiga dari kanan) mendengar peneranga tentang projek Jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT:;Jalan pintas yang  menghubungkan Jalan Batu Pahat ke Tanjung Labuh sejauh kira-kira 9.5 kilometer dijangka dapat digunakan sepenuhnya dalam tempoh setahun lagi.

Kerja-kerja pembinaan semula jalan yang terhenti pada tahun 2022 akan disambung semula hujung tahun ini dan dijangka siap pada tahun depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, laluan baharu merentasi jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading itu pada asalnya dijanka siap pada Disember 2019.

Katanya, laluan yang akan memberi manfaat kepada hampir 50,000 pengguna setiap hari itu bakal memendekkan jarak perjalanan hanya 9.5 kilometer dalam kira-kira 10 minit. 

“Peranan utama pembinaan jalan yang menelan kos RM29 juta itu untuk mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Bandar Batu Pahat.

“Pengguna tidak lagi perlu melalui Bandar Batu Pahat untuk ke Pekan Rengit, Minyak Beku dan Senggarang,” katanya selepas meninjau projek pembinaan Jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli: ADUN Senggarang, Mohd. Yusla Ismail; Jurutera Daerah JKR Batu Pahat, Fairul Azri Yaacob dan Jurutera Jalan JKR Batu Pahat, Khairul Shahril Ramili. 

Mohamad Fazli berkata,  jalan pintas dua lorong itu dua hala itu akan memberikan keselesaan kepada para pengguna.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu pengguna jalan yang dirangka kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur kepada masyarakat,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya