Izzat Zaidi masih kritikal, belum sedar - Utusan Malaysia

Izzat Zaidi masih kritikal, belum sedar

KEADAAN Izzat Zaidi masih kritikal dan belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di HSA akibat mengalami kemalangan pada sesi ‘Super-Pole’ perlumbaan Cub Prix Malaysia di Iskandar Puteri, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelumba CKJ Racing Team, Izzat Zaidi Md. Salehan masih belum sedar selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini semalam.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan ekoran terlibat dalam kemalangan pada sesi ‘Super-Pole’ perlumbaan Cub Prix Malaysia di Iskandar Puteri, Sabtu lalu dan mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan pada bahagian paru-paru.

Menurut isterinya, Elysha Norizal, keadaan suaminya masih sama usai pembedahan kira-kira 4 pagi semalam, iaitu masih lagi bergantung 100 peratus dengan mesin bantuan pernafasan.

“Setakat ini, keadaan Izzat masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, keadaannya masih kritikal dan bergantung 100 peratus pada alat bantuan pernafasan.

“Doktor ada memberitahu ingin bertemu keluarga pada petang ini, kami sekeluarga harap ada khabar baik mengenai keadaan suami yang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan buat suami saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sabtu lalu, Izzat Zaidi yang menggunakan jentera Yamaha sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan di tepi litar Iskandar Puteri.

Menurut Elysha, anak sulung mereka yang berusia hampir tiga tahun sering bertanyakan tentang keadaan ayahnya.

“Anak-anak berada jauh di Selangor. Anak sulung selalu tanya keadaan ‘daddy’ dia dan hantar pesanan suara ‘daddy bangun’,” katanya. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya