IPU Kelantan selamat, tidak bahayakan kesihatan

IPU Kelantan selamat, tidak bahayakan kesihatan

DR. Zaini Hussin (tiga dari kanan) semasa merasmikan Program Jelajah ANMS dan One Hour Malaysia Clean Up di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 50 yang dicatatkan di negeri ini dikategorikan berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, bagaimanapun pihak sentiasa membuat pemantauan dari masa ke masa bagi melihat perkembangan terkini bacaan IPU.

“Hasil pemantauan yang dilakukan oleh JKNK setakat ini tahap pencemaran udara adalah rendah dan tidak berbahaya kepada kesihatan umum.

“Berpandukan kepada situasi itu, tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan, namun orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat,” katanya ketika ditemui  pemberita pada Majlis Perasmian Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Daerah Tumpat di Kampung Geting, di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, hujan yang berlaku ketika ini banyak membantu mengurangkan tahap pencemaran udara dan jerebu.

Katanya, situasi itu menyebabkan jerebu tidak dapat dilihat secara jelas oleh mata kasar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya