KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental, sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat turut memakai riben hijau sebagai simbolik kepada kesedaran kesihatan mental di Dewan Rakyat.
“Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini adalah simbol kesihatan mental antarabangsa.
“Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” katanya sebelum menjawab soalan pertama pada Sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Beberapa Ahli Parlimen lain turut memakai riben hijau tanda menyokong kempen kesedaran kesihatan mental.
Anwar berkata, penubuhan institut itu bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental di negara ini. – UTUSAN