Guna sampan seludup motosikal Yamaha RXZ melalui Sungai Golok

Guna sampan seludup motosikal Yamaha RXZ melalui Sungai Golok

KOH Joo kai (dua kiri) bersama pegawainya memeriksa motosikal jenis Yamaha RXZ seludup yang dirampas semasa sidang media di Pejabat Kastam Diraja Malaysia Cawangan Penguatkuasa Rantau Panjang, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan membongkar taktik membawa masuk motosikal terpakai jenis Yamaha RXZ dari negara jiran menggunakan sampan dengan menyeberangi Sungai Golok dalam dua serbuan berasingan di Bukit Bunga, Jeli dekat sini pada bulan lalu.

Serbuan pada 24 dan 26 September lalu membawa kepada rampasan 12 buah motosikal yang terdiri dari empat buah Yamaha RXZ, Yamaha RX (5), Cryptonx buatan Thailand (1),  Honda LC135 (1) dan Honda Wave (1).

Pemangku Pengarahnya Koh Joo Kai berkata, serbuan pertama pada 24 September itu membawa kepada rampasan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang diseludup masuk menerusi pangkalan haram di Bukit Bunga.

Menurutnya, rampasan pukul 1 tengah hari itu hasil maklumat awam dan risikan yang dilakukan oleh JKDM Kelantan.

“Susulan rampasan itu, JDKM Kelantan telah merampas 11 buah motosikal terpakai pelbagai jenama dari Thailand yang disorok di sebuah stor di Bukit Bunga pada pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan dijalankan menemui 11 buah motosikal termasuk tiga buah Yamaha RXZ yang berada di dalam stor tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.

 

PIX2
KOH Joo kai (dua kiri) memeriksa sebahagian daripada motosikal seludup yang dirampas semasa sidang media di Pejabat Kastam Diraja Malaysia Cawangan Penguatkuasa Rantau Panjang, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Joo Kai memberitahu, siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan penyeludup dengan membawa motosikal tersebut menggunakan sampan untuk menyeberangi Sungai Golok.

Katanya, JKDM Kelantan tidak menolak kemungkinan permintaan tinggi terhadap motosikal RXZ menyebabkan kegiatan penyeludupan itu rancak berlaku kebelakangan ini.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM42,113.5 termasuk cukai dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya