'Greater JB' lebih selamat, mesra pengunjung - Utusan Malaysia

‘Greater JB’ lebih selamat, mesra pengunjung

MOHD. JAFNI MD. SHUKOR (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta sambil diperhatikan oleh Noorazam (kiri) pada Majlis Perasmian Program Publisiti Awal dan Sesi Perbincangan Kumpulan Sasar Rancangan Tempatan MBJB di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kawasan ‘Greater JB’ akan menjadi lebih selamat dikunjungi apabila dilengkapi dengan 100 kamera litar tertutup (CCTV), khususnya di kawasan tumpuan pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pemasangan CCTV itu membabitkan kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

“Bermula tahun depan, 100 CCTV akan dipasang di kawasan tumpuan pengunjung yang dilengkapi dengan bilik kawalan. Kita mahu pelancong rasa selesa dan selamat.

“Kerajaan negeri juga kini dalam proses untuk menambah baik beberapa kawasan tumpuan bagi memberi nilai tambah dan menarik minat pengunjung menjadikan kawasan Johor Bahru sebagai destinasi pelancongan,” katanya selepas merasmikan Program Publisiti Awal dan Sesi Perbincangan Kumpulan Sasar Rancangan Tempatan MBJB, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman.

Selain pemasangan CCTV, Mohd. Jafni berkata, tahap keselamatan di kawasan Johor Bahru juga akan ditambah baik dengan seramai 100 penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dilengkapi kamera badan semasa menjalankan tugas.

Keperluan itu akan dipe guat kuasa yang dilengkapi kamera badan ini sangat efisien dan telah mengeluarkan 2,000 saman sejak diperkenalkan mulai awal bulan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya