Graduan KPYPJ diminta daftar segera - Utusan Malaysia

Graduan KPYPJ diminta daftar segera

GRADUAN diminta mendaftar kehadiran mereka dengan segera bagi melancarkan Majlis Konvokesyen KPYPJ Ke-24.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Bakal graduan yang masih belum mendaftar untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) Ke-24 pada 14 Oktober ini diminta segera berbuat demikian.

Bagi graduan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), mereka boleh menghubungi Halimah Hasam Karin menerusi talian 018-9663537, manakala bagi gaduan Kolej Kemahiran Johor menghubungi Norlela Mat Akim menerusi talian 012-7342044.

Majlis konvokesyen tersebut akan diadakan di Dewan Besar, KYPJ, di sini.

Seramai 835 graduan yang terdiri daripada 595 graduan KYPJ dan 240 graduan KKJ dari tiga buah cawangannya di negeri ini bakal menerima sijil dan diploma masing-masing pada majlis tersebut.

Graduan KYPJ akan menerima diploma dari 13 program pengajian yang dijalankan, manakala graduan KKJ bakal menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dari tujuh kursus yang dijalankan.

Pada majlis konvokesyen itu nanti, penerima Pingat Emas YAB Menteri Besar Johor akan diumumkan bagi graduan paling cemerlang KYPJ dan KKJ.

Sempena majlis konvokesyen itu, turut diadakan Festival Konvokesyen (Fesko) selama dua hari pada 13 dan 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Blok E bermula 8.30 pagi hingga 11 malam. 

Orang ramai turut dijemput hadir memeriahkan pelbagai acara yang diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN