Felda Jengka 24 bakal hilang Ketua Peneroka berwibawa, rajin bekerja - Utusan Malaysia

Felda Jengka 24 bakal hilang Ketua Peneroka berwibawa, rajin bekerja

RAZAK Daud (lima dari kanan) bersama peneroka di Felda Jengka 24 di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Felda Jengka 24 di sini bakal kehilangan seorang ketua peneroka yang berwibawa dan rajin bekerja kerana syarat ditetapkan untuk jawatan itu penggal akan datang menghalang individu yang masih bertugas sebagai penjawat awam mahupun pekerja swasta.

Peneroka Felda Jengka 24, Abdullah Lebai Din berkata, ekoran syarat tersebut, ketua peneroka ketika ini, Razak Daud yang menjawat tugas itu sejak 2018 tidak dapat mempertahankan jawatan tersebut yang akan berakhir Disember ini.

“Sebelum ini, tiada syarat sedemikian ditetapkan, tapi berbeza pula untuk pemilihan penggal akan datang.

“Memang kita akan kehilangan seorang ketua peneroka yang begitu komited dan aktif berjuang membela nasib warga peneroka di sini.

“Namun apakan daya, syarat sedemikian sudah pun ditetapkan. Mahu tidak mahu kami terpaksa akur walaupun hilang ketua yang pada kami sukar dicari ganti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdullah berharap pengganti Razak nanti akan setanding atau lebih baik daripadanya dalam memperjuangkan dan menjaga kebajikan warga peneroka di Felda Jengka 24.

“Biarpun sebelum ini Razak turut mempunyai tugas hakiki lain, namun jawatannya sebagai ketua peneroka tidak pernah diabaikan,” katanya.

Sementara itu, Razak berkata, beliau berterima kasih kepada peneroka Felda Jengka 24 kerana memberikan kepercayaan kepadanya menjawat jawatan tersebut sejak 2018.

Katanya, selama lima tahun menjawat jawatan itu, banyak suka duka dan pengalaman dilalui sepanjang bergelar Ketua Peneroka di situ.

“Saya sudah pun menjalankan amanah dan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin sepanjang dipilih sebagai ketua peneroka.

“Adalah menjadi harapan saya agar pengganti saya juga dapat memikul amanah itu dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum ini.

“Perkara paling penting adalah soal kebajikan dan keselesaan warga peneroka dapat kita kekalkan selain mencari jalan memakmurkan lagi ekonomi di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya