DUN Pulai Sebatang beri sumbangan beras - Utusan Malaysia

DUN Pulai Sebatang beri sumbangan beras

HASRUNIZAH HASSAN (tengah) bersama para penerima bantuan beras di Dewan UMNO Bahagian Pontian, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Dalam sebulan suaminya hanya lapan kali menghantar barangan ke Singapura menggunakan lori dengan upah RM120 bagi setiap penghantaran.

Justeru, kehidupan Salawati Abd. Wahab, 46, dan suami, Izani Yieed, 47, serta tiga anak mereka yang masih belajar hanya ‘cukup-cukup makan’.

Dengan pendapatan suaminya kira-kira RM1,000 sebulan itulah digunakan bagi perbelanjaan harian, membiayai pengajian anak sulungnya di Universiti Malaya  (UM) serta dua lagi adiknya di sekolah menengah dan rendah.

“Bagi menampung pendapatan, saya membuat rempeyek pada musim perayaan, namun pada hari biasa bergantung dengan tempahan yang diterima  daripada pelanggan,” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Beras oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan di Dewan UMNO Pontian, di sini hari ini.

Salawati yang  merupakan salah seorang penerima dan menetap di Kampung Dalam, di sini bersyukur kerana menerima sumbangan beras serta barangan keperluan lain seperti gula dan tepung daripada ADUN Pulai Sebatang.

Bagi Norita Simin, 46, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pembantu nelayan kadang-kadang hanya memperoleh kira-kira RM500 bergantung dengan jumlah hari turun ke laut bagi menampunyai tujuh orang anak yang masih belajar di universiti dan kolej serta sekolah menengah dan rendah.

“Kehidupan kami sekeluarga  ketika ini perit, dengan  pendapatan suami  yang tidak menentu selain kos perbelanjaan harian serta anak-anak yang masih bersekolah lagi,” akuinya.

Sementara itu, seorang warga emas, Ali Yusof, 79, bersyukur kerana menerima sumbangan beras dan barangan keperluan lain daripada wakil rakyat kawasan tersebut.

“Kalau pak cik tak masak, ada jiran-jiran memberikan lauk- pauk dan sebagainya  untuk juadah pada siang atau pada waktu malam,” katanya yang tinggal bersendirian selepas isterinya meninggal dunia beberapa tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya