Dua maut, tiga cedera Proton Wira rempuh pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Dua maut, tiga cedera Proton Wira rempuh pembahagi jalan

DUA maut, manakala tiga lagi cedera selepas Proton Wira dinaiki mereka terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut manakala tiga yang lain cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Bukit Impian-Senai, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II, Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut pada pukul 3.15 pagi.

Seramai 20 anggota dari BBP Kempas dan BBP Skudai berserta empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki lima lelaki terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

“Kesemua mangsa yang terperangkap kemudiannya dikeluarkan dengan menggunakan ‘peralatan khas. Dua mangsa, N. Khatiravan, 23, dan M. Arvindran, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Wan Nor Affendi berkata, tiga mangsa yang lain cedera, iaitu V. Thineswaran, 22, yang mengalami cedera parah, manakala S. Arivin, 24, dan Muhammad Syafiq Abdullah, 36, cedera ringan.

“Mayat dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis, manakala ketiga-tiga mangsa cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” katanya sambil memberitahu operasi ditamatkan pada pukul 4.35 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya