Dewan Rakyat: Tangguhkan dulu kenaikan 2% SST - Guan Eng - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat: Tangguhkan dulu kenaikan 2% SST – Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguh kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 kerana dikhuatiri memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Lim Guan Eng [PH-Bagan] berkata, cadangan kenaikan SST,  enam kepada lapan peratus itu kemungkinan menggambarkan ia lebih tinggi daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pada kadar enam peratus yang dilaksana sebelum ini.

“Saya berharap ia boleh dipertimbang atau dilambatkan. Jika membabitkan logistik, ia akan ada kesan besar kepada rakyat,” kata beliau  ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata, pengenalan cukai baharu di tengah-tengah cabaran ekonomi dan pergolakan geopolitik dunia berupaya mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.

Ini khususnya cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.

“Pengumuman ini menimbulkan kebimbangan bahawa cukai ini akan diperluas kepada semua syarikat di Bursa Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksana mulai tahun depan bagi meluaskan asas hasil negara dan pada masa sama, tidak membebankan majoriti rakyat.

Anwar dilaporkan berkata, cukai yang dipungut kerajaan ketika ini adalah antara yang terendah di ASEAN iaitu  pada 11.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus). 

Kerajaan juga akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya