Dera: Hakim cuti sakit, mahkamah tangguh hukuman ibu tunggal, tomboi - Utusan Malaysia

Dera: Hakim cuti sakit, mahkamah tangguh hukuman ibu tunggal, tomboi

MAHKAMAH Sesyen Johor Bahru menangguhkan keputusan penghakiman terhadap seorang ibu tunggal dan rakan serumah berperwatakan tomboi yang didakwa mendera kanak-kanak berusia tahun tahun, Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan penghakiman terhadap seorang ibu tunggal dan rakan serumah berperwatakan tomboi yang didakwa mendera seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Julai lalu.

Penangguhan itu dibuat ekoran Hakim, VM Mabel Sheela bercuti sakit.

Peguam kedua-dua tertuduh, Abd. Rahim Ali memaklumkan perkara itu kepada pemberita di luar pekarangan mahkamah, di sini hari ini.

“Kes ini ditangguhkan kepada 1 November depan kerana dimaklumkan hakim yang bertugas cuti sakit. Penangguhan ini termasuk bagi fakta kes dan penghakiman.

“Pada masa ini kedua-dua orang kena tuduh (OKT)  ditahan di Penjara Simpang Renggam. Saya dimaklumkan juga ibu tunggal tersebut telah mengalami kecederaan retak tulang kaki kanan akibat terjatuh di bilik air. Walau bagaimanapun, rawatan telah diberikan kepadanya,” katanya.

 Terdahulu, kedua-dua tertuduh dibawa ke mahkamah menaiki van pada pukul 8.50 pagi dengan tangan masih bergari.

Pada 27 September lalu, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandung ibu tunggal berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa dengan niat menganiaya mangsa yang berada dalam pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal, manakala pertuduhan kedua, didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak itu ketika berada dalam pemeliharaan mereka.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN