Demi keselamatan, lokasi Roger ditahan tidak didedahkan  - Utusan Malaysia

Demi keselamatan, lokasi Roger ditahan tidak didedahkan 

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keselamatan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam bahaya sekiranya lokasi penahanan lelaki itu didedahkan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan risikan kemungkinan terdapat ancaman keselamatan terhadap Roger. 

“Kita merasakan begitu (dalam bahaya). Apa kita punya risikan dalam kepentingan siasatan, jadi kita merasakan tidak perlu dedahkan di mana dia ditahan.

“Dia (Roger) adalah fugitive (pelarian), jadi dia tidak tahu keselamatan dia, kita lebih tahu maklumat ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. 

Ditanya  sama ada Roger akan dipasang alat peranti pengawasan elektrik (EMD), Razarudin berkata, setakat ini tiada keperluan berkaitan perkara itu.

“Pemasangan EMD oleh pihak Amerika Syarikat (AS) atas sebab dia dijatuhkan hukuman.

“Buat masa ini ia bukan satu keperluan mendesak. Sekiranya perlu kita akan pasang,” katanya. 

Semalam, Razarudin mengesahkan penahanan Roger oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini, media melaporkan Roger dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, AS kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.

Beberapa agensi penguat kuasa lain Malaysia turut menunggu kepulangan Roger untuk melengkapkan siasatan masing-masing membabitkan skandal 1MDB.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya