CUEPACS mohon naik gaji, kurangkan cukai pendapatan

CUEPACS mohon naik gaji, kurangkan cukai pendapatan

Cuepacs cadang bayar elaun kos sementara menunggu pelaksanaan SSPA. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 serta bonus minimum satu bulan setengah kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya juga meminta diskaun 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Selain itu, beliau turut me­minta penambahan jumlah pe­ngiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

PERUNTUKAN

Sementara itu, Majlis Profesor Negara berharap peruntukan ditambah lagi program Ranca­ngan Makanan Tambahan (RMT), menambah bilangan murid untuk program sarapan di prasekolah, penyediaan lebih banyak komputer untuk kegunaan guru serta kadar Skim Bantuan Awal Persekolahan.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Dr. Anuar Ahmad berkata, Belanjawan 2024 perlu terus mengutamakan pemulihan prasarana pendidikan seperti menyelesaikan isu infra sekolah daif dan sekolah sesak murid, pembinaan lebih banyak sekolah diperlukan khususnya di kawasan bandar baharu, dan membina lebih banyak bangunan asrama di sekolah harian untuk murid-murid miskin di bandar dan pedalaman.

“Peruntukan juga perlu disa­lurkan untuk menoktahkan isu keciciran pendidikan, kelemahan murid dalam 3M, sekolah daif, TVET, menaik taraf dan menyediakan lebih banyak makmal sains di sekolah dan memperkasa agenda pendigitalan pendidikan,” katanya.

PEMBANGUNAN

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Azizan Abdul Aziz pula berharap peruntukan lebih tinggi untuk perbelanjaan pembangunan Kementerian Kesihatan selepas hanya RM4.8 bilion diperuntukkan pada tahun lalu.

Namun, katanya, soal tenaga kerja penjagaan kesihatan perlu diberi keutamaan dalam Bajet 2024 dengan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap, jawatan kontrak dan peruntukan untuk kenaikan pangkat yang sudah lama tertunggak.

“Peruntukan ini harus me­rangkumi jawatan yang diwujudkan untuk doktor, jururawat, kakitangan penjagaan kesihatan bersekutu, pembantu perubatan dan kakitangan sokongan lain dalam penjagaan kesihatan awam,” katanya.

Tambahnya, Bajet 2024 juga perlu menambah baik infrastruktur penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar, perkhid­matan tele­kesihatan, perluas Skim Perubatan Madani, pendigitalan perkhidmatan kesihatan, cukai ke atas produk bergula tinggi dan cukai penjualan produk vape. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN